Ticker

6/recent/ticker-posts

Siapalah Kita Tanpa Cikgu


Awak berdiri di luar !!
Jalan itik satu sekolah !!
Kedebuk kepala kena ketuk.

Itulah aku dulu, jika waktu peperiksaan akulah orang yang selalu kena sebab tak lulus subjek matematik & english. Ada rakan yang gelakkan aku, sindir aku sebab selalu tak lulus.

Pernah di tukar kelas sebab selalu dapat no 1. Satu dari belakang, tergelak bila ingatkan balik.Buku karangan aku pernah di buang kerana tak bagus.


smk air tawar

diploma pemasaran


Itu antara sedikit coretan yang pernah aku lalui. Aku tidak berdendam kepada mereka. Tetapi aku sangat hargai mereka yang tak pernah putus asa mengajar aku yang kurang cerdik ini.

Pagi-pagi kena datang awal ke kelas pemulihan untuk belajar bahasa inggeris. Satu kamus itu aku baca setiap hari dan hafal.

Semuanya masih ligat di ingatan dan buat aku senyum sendiri.

Cikgu adalah pahlawan dalam senyap.
Dalam ajaranya ada harapan untuk kita.Dalam tegurannya ada doa untuk kita. Dalam marahnya ada sayang, Dalam didikkan ada sahsiah terbina.

Ribuan terima kasih kerana terus berjuang untuk anak muridmu. Walaupun sekarang makin mencabar tetapi usaha murni akan terus di perjuangkan.

Saya mahu berdoa kepada semua guru-guru yang pernah mengajar, mendidik dan membimbing saya selama ini, agar diberikan syafaat syurga di akhirat kelak. Terima kasih kerana menjadikan saya insan yang sangat bertuah dan beruntung terutama sekali dapat mengenal kalimah tauhid Allah dan menyebar-luaskannya.

“ Ya Allah, ampunkanlah segala dosa guru-guruku,kau syafaatkanlah mereka di akhirat dengan syurga, atas jasa dan budi mereka mendidik aku sehingga aku menjadi insan yang berjaya “

“ Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah segalas dosa guruku. Kau berikanlah syafaat kepada guruku yang telah bersusah-payah mengajar dan mendidik aku. “

"Ya Allah, berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajarku di TADIKA, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH, UNIVERSITI, dan di mana-mana sahaja. Rahmatilah guru-guru yang mengajarku ilmu-ilmu al-Quran. Semoga Allah tempatkan roh guru-guruku yang telah pergi ke alam baqa bersama-sama orang-orang yang beriman. Semoga Allah membalas jasa kalian semua dengan sebaik-baik ganjaran. Amin."

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
Amiin amiin Ya Robb
Unknown berkata…
Amiin amiin Ya Robb
Cik Nor berkata…
terima kasih cikgu..:)
Tanpa Nama berkata…
aamiin ya rabbal alamin

jemput baca
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/05/guru-pembina-negara-bangsa.html
usryabdullah berkata…
Terima Kasih Cikgu.
Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum acik....

rindu pd aciklah...lama x jenguk sini...
akak dah jadi isteri orang,dah setahun tiga bulan..hehe...kebetulan suamiku adalah guruku....
Nadia Johari berkata…
Guru mendidikkita dengan sabar..selamat hari guru
Inani Hazwani berkata…
Setuju. Tanpa cikgu mana mungkin boleh jadi macam sekarang. Terima kasih cikgu.