Ticker

6/recent/ticker-posts

Sejahat Manapun Seorang Ayah itu,Dia Tetap Ayah Kamu..Maafkanlah Dia



maafkan ayah

Assalamualaikum (Entri Autopost)

Alhamdulilah hurey dah sampai kampung halaman di kota tinggi , balik sebentar  sebab kak long balik dan nanti akan balik ke klang pula. Balik je ,acik terus check fan page acik di facebook dan acik ada yang minta pendapat dari seorang rakan yang perlukan nasihat, kalau kamu ada pendapat boleh lah di kongsikan juga, bace di bawah ini 


Emmm memang di fikirkan sakit hati, dendam yang kesumat dalam diri kita, hatta hati pon berkata benci padanya ,tak mahu melihat wajahnya walaupon dia adalah bapa kita sendiri. Memang beb ,acik tahu sakitnya untuk rasa semua tu.. rasa pedihnya apa yang kamu alami. Ayah besar tanggungjawabnya dan peranan dalam kehidupan kita.

Anak-anak, pendidikannya, serta pengurusannya adalah amanah yang Allah berikan kepada para ayah, kerananya para ayah adalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas keadaan mereka. Wajib atas para ayah untuk menasihati anak-anak mereka dengan kebaikan dan menjadikan pendidikan serta perbaikan mereka merupakan pekerjaan dan urusannya yang paling utama dan paling penting. Tidak boleh bagi seorang ayah untuk hanya memenuhi semua keperluan jasad dari anaknya berupa makanan dan pakaian lalu setelah itu dia menganggap kewajibannya hanya itu kemudian menyibukkan dirinya sendiri dengan pekerjaan dunianya dan tidak mengurusi keperluan rohani dari anak-anaknya. Kerana barangsiapa yang mengerjakan hal tersebut nescaya dia akan menyesal pada akhirnya, baik di dunia ketika dia sudah tua dan anak-anaknya juga tidak mau mengurusinya, terlebih lagi di akhirat ketika dia dimintai pertanggungjawab atas amanah yang telah dibebankan kepadanya tersebut. Besar tanggungjawab seorang ayah ,bukan pekara ini boleh di anggap hal yang main-main.

Memang betul , setelah lama barulah dia datang ke dalam hidup kita setelah kita berjaya,walhal dulu dia tak ambil kisah kita dan kasih sayang tak pernah diberikan. Pekara ini perlukan masa , untuk diri kita. Si ayah perlulah berikan masa dan cuba cara untuk mendekatkan balik hubungan itu, dan dia anak perlukan masa untuk melupakan apa yang berlaku. 

Hal ini pernah dalam hidup acik, tapi acik anggap ini hanyalah ujian Allah untuk acik, menguji di mana kesabaran,keikhlasan untuk apa berdendam lama lama  ? untuk apa biarkan hati kita hitam hanya kerana dendam kita ? memaafkan itu mulia dari berdendam dan berharap dia akan berubah. 

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: 

Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.

Terpulanglah pada kamu ,tapi nasihat acik sejahat dia , dia tetap bapa kamu, dia tetap orang yang menyebabkan kamu ada di dunia , mugkin tanpa sedar dia juga yng mendoakan kamu.MogaAllah merahmati kamu dan beri petunjuk untuk kamu. Dan semoga ayah bapa kamu benar benar berubah.

Catat Ulasan

20 Ulasan

Tetamu Istimewa berkata…
Betul tu, dia tetap darah daging yang sukar dipisahkan. Berilah dia peluang untuk berubah. Ayah-ayah semua sayangilah anak-anak anda.
Unknown berkata…
Nak komen-komen...hihi...

Kita yang pernah merasa nie...memang tahu apau yang kita nak luah...biarpun berat mana mata memandang berat lagi baru memikul...Allah bagi ujian sekecil zarah pun kita tak mampu nak hadapi...memang itu hakikat kehidupan...nak menindak memang hakikatnya Allah memang dah bagi kita rasai kesenggaraan tu.....Apa yang mampu kita terima dengan selapang-lapang dada kita...biarpun ia menyakiti hati kita.....Bersabarlah...Allah perancang yang hebat.....
Kalau kita dah berbintikan atau di bin...itu bermakna dia tetap ayah kita juga.,...kemana-mana kita tetap guna nama tu juga kan....biarlah dia yang penting kita rasa bahagia....cara kita dengan dia berbeza....ikut haluan kita...perdulikan ia...tapi ingat jangan jadi anak derhaka pula....walaupun dulu ia amat menyakitkan....hihi...

p/s : pjg je komen cik akak
krole berkata…
setuju dengan acik...tak kira seburuk atau sejahat mana...kena ingat beliau merupakan ayah...tanpanya kita tak akan wujud didunia...tanpanya kita tak akan membesar didalam dunia ini...tanpanya kita tak akan peroleh kejayaan...biar kita disakiti...bawalah bersabar...kerana untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat salah satunya adalah keberkatan daripada kedua ibu bapa, untuk meperoleh rezeki yang luas juga perlu keberkatan dari mereka~ nice entri acik..suka sangat mai sini..banyak cerita berkualiti...salam ramadan
Tanpa Nama berkata…
sebenarnya terpulang dari anak itu samada dapat menerima kembali si ayah atau tidak. kerana luka di hati mereka,mereka yang lebih tahu. dan si ibu,seeloknya jangan bercakap yang buruk2 tentang si ayah itu walaupun memang sikapnya teruk.biar si anak menilai sendiri jika masa itu tiba...( *bercakap dari pengalaman sebagai isteri dan ibu.. :)
norhasnizakhalid berkata…
ayah,.. tetap seorang ayah, baik buruk tetap ayah kita, dia manusia, adakalanya dia melakukan kesilapan, mungkin kita juga akan ada melakukan kesilapan nanti.. kita pun tak tahu kan.. tak elok memeutuskan hubungan ayah dan anak.. tak patut.. jangan benci ayah kita.. dia tetap ayah kita..
Fais-SKA berkata…
hm btol 2..dh drh dging kita..mstilah ada hubangan kekeluargaan sampai bila2..baik bruk dia kena trima seadanya..kalau bruk, mgkin xslma2nya buruk, mgkin dia akan berubah 1hr nnti..yg pntg jgn ptus asa berdoa..
Lieza Nordin berkata…
hubungan kita dan mereka mmg xleh dipisahkan.. anggap je apa y berlaku dulu pendorong kepada kejayaan kita.. dan bersyukurlah masih ada ayah@ibu sbb masih ada doa dari mereka.. =) redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita..
Hana berkata…
entah la nak kat kata macam mana.. huhu
Unknown berkata…
dendam kesumat merengang ikatan keluarga...... memang kalau diikutkan...susah kita nak terima segala keburukan yg berlaku...tapi itulah..... air dicincang takan putus.....ayah tetap ayah......mungkin perubahan dipenghujung usia pengubat hati lama yg merana......
kita doakan yg baik2 aja....achik
BinMuhammad berkata…
Salam,
Terimalah ayah anda seadanya. Yang penting jangan sampai anda menderhaka. Biar masa yang menentukan... Dalam pada yg sama anda perlulah cuba utk bersikap positif, mungkin susah tapi cubalah...
Kenangkan pula jika ianya terjadi antara anda dan anak anda...
Jangan menidakkan ketentuan Ilahi, bila anda dapat rahsia rahmat disebaliknya, pasti anda akan bersyukur dengan nikmat dan kurniaan dariNYA.
Saya doakan agar ikatan yg terputus akan terjalin jua akhirnya...Amiin.

p/s: Acik, semoga gembira berpuasa dan berbuka disamping insan tersayang :)
Adhie berkata…
rasanya kalau Adhie...adhie bagi peluang si Ayah untuk memperbetulkan balik apa kesilapan yang telah dia lakukan...mungkin ambik masa tapi janganlah kita terus menghukum...sejahat-jahatnya dia tetap bergelar seorang ayah...

Unknown berkata…
Setiap orang pasti melakukan kesilapan..dan manusia akan berubah seiring dgn usianya.. terima dia kini..lupakan sikapnya dulu..jgn kita mengikut jejak sikapnya pula..
Unknown berkata…
Setuju dgn pendapat acik. Tak kira sesiapa pun, kita kena ada sifat memaafkan kerana itu adalah lebih baik drpd trus menerus bermusuhan. Jadilah seorng yg tabah dan sabar serta mudah memaafkan kerana tak rugi utk melakukan sedemikian. Terbaik acik.
Unknown berkata…
betul tuh..sokong dengan pendapat acik
Mizz Aiza berkata…
akak ada kawan yang kisahnya lebih kurang macam ni juga.. dia anak tunggal.. ayahnya menceraikan ibunya ketika dia berusia 9bulan semata-mata nak berkahwin dengan wanita lain.. yang lebih menyedihkan, sanggup ayah dia mengatakan ibunya berzina dengan lelaki lain (bermakna dia tak mengaku kawan akak ni anak dia).. sedangkan ibunya seorang wanita yang suci dan menjaga batas pergaulan.. tiada belaian kasih sayang dan nafkah diberikan selama dia membesar.. ibu dia bersusah payah bekerja demi mencari sesuap nasi membesarkannya.. yang lucunya, tiba-tiba ketika nak berkahwin, boleh pula ayah dia datang nak jadi wali dan mengaku kawan akak tu anaknya.. kawan akak memaafkannya, tapi jauh di sudut hatinya masih ada rasa sedih..
Aimacomel berkata…
ayah.. xtau nk ckp cmne. yg pasti macam acik ckp tu sejahat mana ayah, dia tetap ayah kita dunia akhirat
Unknown berkata…
mungkin boleh maafkan dan beri peluang kedua kat ayah dia...
Aida Ismail berkata…
Papepun, dia tetap ayah. Walaupun dia sakitkan hati kita macam mana sekali pun, kalau takde dia, takde la kita dalam dunia ni. :) Maafkan la. Memang cakap tu lagi senang dari buat, tapi just give it a try.
Unknown berkata…
Saya pernah merasa hati disakiti ayah sendiri..sakitnye xtau nak gambarkan mcm mana..pernah dihalau diungkit pemberian duitnye..kata2 yg dilemparkn sentiasa berlegar dikepala bkn xboleh memaafkn tp mmg xdpt nak lupakan apa yg dilalui..
Unknown berkata…
Mereka lebih mkn garam drpd Kita,jd mcm ibubapa org lain bermanja dgn anak mereka.mcm cikgu azahar bapa yg penyayang, penyabar...