Ticker

6/recent/ticker-posts

Tidak Perikemanusian Kes Langgar Lari


Assalamualaikum

Dalam kehidupan kita sering jadi pekara-pekara yang di luar jangkaaan kita, pagi tadi okey sahaja tetapi waktu yang lain siapa tahu .Terkejut acik apabila mendapat pengkhabaran bahawa adik acik kemalangan waktu petang semalam.

Keadaannya teruk juga, bawah dagu koyak dan luka-luka di badan dan kaki yang agak teruk dan di jahit di bahagian dagu. Kejadian berlaku apabila ketika kereta melaju secara tiba-tiba behenti dan masuk ke simpang  tanpa memberi sebarang signal. Dan adik acik hilang kawalan dan break secara mengejut dan motornya jatuh dan dia terseret dan terbaring di jalan. 

Pemandu kereta itu hanya menjenguk di tingkap kereta dan berlalu pergi. Sakit hati acik mendengarnya, tiada perikemanusiaan apalah salahnya dia behenti dan tolong adik acik. Tak salahkan ? 


Nasib baik anak sedara acik kebetulan lalu di situ dan menolong adik acik yang terbaring, naseb baik ada orang, kalau tidak ? Ya Allah darah banyaknya memang seram di buatnya. Ramai yang tanya kenapa tak check di CCTV ? sebabnya di kampung mana ada CCTV dan adik acik tak dapat ingat no platenya dan bagaimana nak buat laporan dan tak guna jika buat tetapi orang dan keretanya tak ketahui.

Kami hanya berserah, siapalah kami untuk menghukum si pemandu kereta tersebut, tetapi biarlah Allah membalasnya. Tahulah rasanya bagaimana ahli keluarganya di langgar dan pesalah itu lari begitu sahaja. Memang tak ada perikemanusiaan. 

Beberapa bulan sebelum ini juga ada seorang rakan di mana dianya di langgar oleh kereta dan pemandu itu melihat dia terbaring dan berlumuran darah. Di biarkan dan di tinggalkan , orang jumpa pada esok hari dan dia telah meninggal dunia, jika dia di bawa ke hospital mungkin nyawa boleh di selamatkan. 

Akhir kata dari acik, berhati-hati memandu, jaga jarak kamu sewaktu memandu mahupun menunggang motorsikal. Bagi signal jika mahu masuk ke simpang dan paling penting jangan behenti secara mengejut. Hargai nyawa orang lain sebagaimana jika memikirkan menjaga diri sendiri. 
 

Catat Ulasan

35 Ulasan

Unknown berkata…
isk...cian adik acik kan...bersabar dan bertabah lah dik...doa je adik acik sihat
paridah berkata…
ya kesian adik acik yg melanggarnya xmenolong pula xberhati perut langsung..moga cpt sembuh n tiada kecederaan serius...
Yana Yani berkata…
Ya ALLLAH teruknya! sabarlah acik ye adalah sebab tersembunyi
yang di luar pengetahuan kita
biar ALLAH sahaja yang membalasnya

sekurang-kurangnya adik acik masih bernyawa
syukur ALHAMDULILLAH
akak baca paper kosmo tadi ada seorang
budak muda dilanggar lari dan diseret sejauh 43 km!
azab kematian dia
Anizz Annisa berkata…
ya allah.. dasyatnye org2 zaman skrg nie.. tiade perasaan perikemanusiaan dh.. hurmm..moge adik acik cepat sembuh..aminn...
norhasnizakhalid berkata…
masya Allah, kenapa begitu, tiada terbit rasa bersalah ke, sekurang-kurangnya mohon lah kemaafan... semoga adik cepat sembuh ye.. :)
Unknown berkata…
kena tingkatkan lagi keselamatan.. manusia2 ..
Nadiaafarhanaa berkata…
semoga adik acik cepat sembuh. harap orang yang tak berperikemanusiaan tu sedar diri
DILA ELLA berkata…
moga adik acik cepat sembuh. memang tak berperikemanusiaan, langsung tak minta maaf..
PeRdU cINta berkata…
Subhanallah., tergamaknya..kesakitan itu pasti sedikit terubat kalau pesalah memohon maaf dan bertanggungjawab., cctv Allah tiada siapa mampu mengubahnya..ingat tu..moga adik acik segera pulih..
Jejari Menaip berkata…
tergamak dia langgar lari...apa salahnya kalau tlgkan....moga adik acik cepat sembuh...
Unknown berkata…
ya ampun.... kesiannya..... tunggu lah balasan nya nanti.... semoga cepat sembuh ya adk acik...
BinMuhammad berkata…
Syukur adik Acik selamat. Semoga cepat sembuh ye...
Teringat berita malam tadi, kemalangan langgar lari di highway plus...mayat penunggang motor tu berkecai sepanjang 40km! sungguh menyedihkan...
Mazatul azura berkata…
Masya-Allah... Sedekahkan Al-fatihah pada sipelaku yer acik.. Semoga dia x buat ke org lain
Gee Lion berkata…
Selalu sangat dah jumpa pemandu yang tak reti bagi signal bila nak ke kiri ke kanan ke. Siak je.
Pehal susah sangat ke nak tekan signal tu? Cacat ke jari tu ke tangan tu krem.
Gerem betullah!!
Unknown berkata…
takutnye tengok luka tu..sakit tu..uuu..kesian dia..semoga cepat sembuh yea...
pemandu tu septotnnya bertanggungjawab..xde etika..aish~
Story Nadya berkata…
semoga adik acik cepat sembuh.
sobri yaacob berkata…
lari topik..eh acik u blog tercalon dalam malaysia sosial media award.. good luck.. sentiasa suport u.. :)
Engku Muzahadin berkata…
Kesiannya, mmg ramai ada yg spesis takda hati perut mcm ni!
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Insaallah doa kan agar adik achik cepat sembuh...amin.

mselim3
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah.. tak bertanggungjawab langsung.. tp syukur alhamdulillah tiada apa yg lagi memburukkan berlaku kpd adik Acik.. syukur. Semoga beliau cepat sembuh dgn segera ye.. aamiin..
adarain berkata…
semoga sihat dengan cepat. Bila dalam kemalangan dah tak fikir semua nak ingat no plate semua
Noorkhuzieen berkata…
kwang ajar btul yang langgar tu. cepat sembuh ye buat adik acik
ya alllah kesiannya..orang yang tak bersalah jadi mangsa...
tak bertanggungjawab betul orang tu...geramlak rasa...apapun moga adik acik cepat sembuh yek
Maria Firdz berkata…
Alahai. Kesiannya... Xpe..dunia dia lpas lah.. Akhirat mna blh lari...
Unknown berkata…
ngilu yumida tgk pic tu acik..hadoi..sure sakit...
mmg xde kesedaran sivik org tu...hope pesalah nanti dpt ditangkap
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Azwar Syuhada berkata…
Azwar paling takut tengok orang kemalangan ni.. Acik tunjuk sikit, tapi terasa dekat badan sendiri.. Moga adik acik cepat sembuh k!.. Teruknya orang yang langgar tu..
Unknown berkata…
Aduh.. tgk pict.. zara ikut terasa pedih ny luka tu. Zara hairan ngan pmandu2 mcm ni.. xada rasa belas kasihan ka mereka ?? Xada rasa bsalah ?? Suammi zara pun pernah tlibat ngan kes mcm ni tahun lepas. Masa tu kebetulan suami nak pakai skuter pegi keja ntuk mgelakkn ksesakkn llulintas. . Masa pjalann blik, suami zara d langgar dr blakng oleh bas mini.. suami zara thumban 3 meter ke hadapan.. pmdu tu trus lari kn diri. sebak hati zara masa tu tgk keadaan dia.. nasib xada tulang yg patah cuma trima 14 jahitan.. Allah slmtkn suami zara masa tu.. alhmdulillah. . ~~ bsyukur sgt dia selamat.
Blog Santai berkata…
Kesiannya acik..memang zalimlah kes langgar lari ni...dia orang ni tak kena kat ahli keluarga bolehlah buat macam tu..silap-silap yang dilanggar tu ada kena mengena..camne tu..hmm!!!!
Kechek Buzz berkata…
kesiannya.. sama dengan kes adik saya hari tu. semoga seumur hidup pemandu tu dibayangi rasa bersalah... geram pulak dengan perangai manusia mcam tu,
fragmenbiru berkata…
Allahu Akbar...kesiannya.. manusia jenis apa la tu ? langsung tidak bertanggungjawab.. Nauzubillahi min zalik..
Tanpa Nama berkata…
Pemandu yang langsung takda sivik dalam diri..semoga yang sepatutnya bertanggungjawab menerima pengajaran yang setimpal. semoga adik acik cepat2 sembuh..lagi kes pemandu langgar lari macam baru2 ni yang diseret sejauh 40 km, mustahil langgar orang tapi kononnya tak sedar padahal gabra nak lari dari hukuman .kejam
tarmizi berkata…
kesiannya semoga adik acik cepat sembuh..
Tanpa Nama berkata…
sedih sangat..moga adik acik segera pulih dari kecederaannya..
Semoga adik acik cepat sembuh ya.